Aduhai, Hilang Kerja ! Pasti Ada Jalannya…

Pelbagai kisah masyarakat  tular di platform media; ada pahit, ada yang manis dan pastinya setiap orang menghadapi dugaan pandemik dengan cara berbeza.

Nak minta tolong siapa pula ni?  Inilah keluhan yang terngiang di benak kepala mereka yang umpama tiada jalan keluar.  Masih ramai lagi berada di jalan buntu dan tercari-cari jalan untuk kelangsungan hidup apabila tidak tahu mana tempat untuk mengadu dan siapa yang boleh membantu. 

Umpama sudah jatuh ditimpa tangga ; sudahlah hilang pekerjaan, nak mencari kerja baharu bukanlah senang. Stres!. Namun, hidup perlu diteruskan. Tidak boleh menyerah kalah, positif, berani mencuba dan tetap berusaha. Banyak komitmen dan tanggungjawab untuk keluarga perlu difikirkan. Pasti ada jalan untuk harungi semua ini.

Di era digitalisasi ini, ramai golongan muda sudah mula berjinak-jinak dan telahpun menjalankan perniagaan secara digital. Tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baharu daripada kebiasaan. Menambah kemahiran baharu untuk diadaptasikan dengan permintaan tren sekarang. Mesti cuba! Terutamanya mereka yang mempunyai kreativiti tinggi. Layari laman sesawang di www.belanjawan2021.treasury.gov.my kerana ada maklumat mengenai go-ecommerce, Janaprenuer dan banyak lagi.

Ini perkongsian menarik Zeti Haiza Binti Zakaria yang boleh kita jadikan inspirasi.  Beliau terus berusaha mencari jalan dan mengintai peluang yang ada, apabila Agensi Pelancongan beliau terpaksa ditutup disebabkan oleh pandemik Covid-19.  Zeti hilang mata pencarian dan tekad untuk beralih kepada norma baharu perniagaan bagi memenuhi permintaan semasa. Apakah langkah Zeti seterusnya ?

Dengan berbekalkan kemahiran dan pengalaman yang ada, Zeti sertai kursus jangka pendek  oleh program GLOW PENJANA pada tahun 2020. Memandangkan perniagaan dalam ekonomi gig ini menjadi fenomena dan semakin mendapat sambutan memberangsangkan ketika pandemik, sudah tentulah Zeti tidak mahu melepaskan peluang.

Seperti Zeti, anda boleh menjana pendapatan digital secara bebas – melalui platform freelancing dan crowd-sourcing secara sepenuh masa dan secara konsisten. Sebenarnya, Program Global Online Workforce (GLOW) PENJANA adalah inisiatif daripada pihak kerajaan dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC ) memberi binbingan melatih dan menjalankan kursus secara atas talian . Yang lebih menarik lagi, kurus ini adalah percuma kepada setiap  individu yang layak untuk menjana pendapatan melalui kaedah pekerjaan digital. 

Berminat dan Ingin mencuba? Yang terbaharu adalah Program GLOW Pemulih dan sesuai untuk graduan yang menganggur, pekerja yang diberhentikan dan pekerja yang mengalami pemotongan gaji melebihi 50 peratus.  Mesti banyak lagi maklumat yang anda ingin tahu mengenai perniagaan digital dan ekonomi gig ini. Jadi, apa ditunggu lagi,  layari https://mdec.my/glowmalaysia. .

Inilah antara jalannya! Jangan cepat berputus asa.  Sokongan dan bantuan ini sudahpun menjadi kenyataan, apabila 196,471 pekerja sudah berjaya. Kini, giliran anda mencuba kerana peluang sudah di depan mata.  Daftar segera!

KONGSI ARTIKEL

Artikel Berkaitan

Bagai menatang minyak yang penuh, kasih ibu sepanjang jalan. Itulah pepatah yang simbolik dengan kisah Pn Norlela Abdul Rahman, seorang jururawat yang juga petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kuala Nerang.
Kita semua sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi serentak yang belum pernah terjadi sebelumnya. Virus yang memakan nyawa baru muncul, dan dengan senyap menyelinap ke serata dunia.