Bantuan Bayaran Bersasar: Semua Layak!

Moratorium

Malaysia merupakan antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan inisiatif moratorium pinjaman bank secara automatik di mana bayaran balik pinjaman bank telah ditangguhkan selama 6 bulan bagi meringankan beban kewangan rakyat dan perniagaan yang terkesan. Inisiatif ini juga telah disambung secara bersasar untuk pemohon mendapatkan moratorium tambahan selama 3 bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman selama 6 bulan.

Memang tidak dinafikan, sukar untuk ramai individu dan peniaga mikro untuk berdepan dengan cabaran sepanjang pandemik COVID-19. Terlalu banyak perkara yang sukar dijangka, yang disebabkan oleh, antara lainnya, mutasi varian-varian baru virus COVID-19 ini yang menyukarkan lagi usaha mengawal pandemik ini secara sepenuhnya. Hal ini mengakibatkan sector ekonomi terpaksa ditutup, justeru mengancam mata pencarian ramai rakyat yang sekaligus berpotensi menjerumus mereka dalam lautan hutang.

Vivek Acharya, pemilik kedai gunting rambut tempatan, terpaksa mempertimbangkan keputusan untuk menutup perniagaannya kerana kedainya itu tidak dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Melihatkan keadaan semasaa, banyak bank menyedari cabaran yang terus dihadapi oleh beberapa peminjam. Mujurlah, Vivek dapat berbincang mengenai pakej bantuan pembayaran balik yang sesuai dengan banknya di bawah Bantuan Pembayaran Balik Pinjaman (LRA) sektor perbankan.

Inisiatif bantuan pembayaran balik yang disasarkan merupakan satu pendekatan yang lebih baik dalam memastikan bantuan ini dapat diakses oleh mereka yang benar-benar memerlukan, terutama mereka yang kehilangan pekerjaan, mengalami pemotongan gaji, dari keluarga berpendapatan rendah atau perniagaan mikro.

Individu dan perniagaan yang punca pendapatannya terjejas disarankan untuk menghubungi bank mereka untuk berbincang mengenai pakej bantuan pembayaran yang sesuai berikutan perlaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0). Perluasan LRA untuk merangkumi PKS yang tidak dibenarkan beroperasi semasa PKP telah membantu banyak pemilik PKS termasuklah Vivek.

Dalam kes Vivek, penangguhan ansuran bulanan selama tiga bulan akan memungkinkan pemilik kedai gunting rambut berusia 31 tahun ini untuk memastikan kedai itu terus bertahan dan menstabilkan keadaan kewangannya. Kini, fikirannya lebih tenang dan membolehkannya untuk fokus pada perniagaan sampingannya iaitu mengedarkan produk penjagaan rambut secara dalam talian untuk menampung keluarganya.

Bagi pemilik PKS lain yang masih berjuang untuk meraih pendapatan yang mencukupi, Vivek menasihati supaya menggunakan LRA untuk menangguhkan atau mengurangkan pembayaran pinjaman bulanan mereka, dan juga menggunakan pelbagai inisiatif lain yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk membantu PKS/PKS mikro seperti Geran Digitalisasi SME, Geran Prihatin Khas (GKP), Program Subsidi Upah dan Skim Pembangunan Usahawan Komuniti India (SPUMI).

InisiatifFakta
Moratorium Pinjaman
(Individu)
Jumlah Diluluskan
(Selesai pada Oktober 2020)
RM65 bilion
Moratorium Pinjaman
(Perniagaan)
Jumlah Diluluskan
(Selesai pada Oktober 2020)
RM35 bilion

Pada tahun 2020, sebanyak RM65 bilion pinjaman untuk individu dan RM35 bilion untuk perniagaan mendapat manfaat daripada moratorium automatik enam bulan. Setelah 6 bulan, 85% peminjam meneruskan pembayaran balik pinjaman mereka. Kemudahan pembayaran pinjaman yang ditangguhkan atau dikurangkan telah disambung di bawah Belanjawan 2021, yang telah diperbaiki lagi di bawah PEMERKASA+, dan disasarkan untuk memberi manfaat kepada lebih dari 5 juta peminjam.

Inisiatif-inisiatif ini, yang bertujuan untuk meredakan aliran tunai, merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk membantu rakyat dan perniagaan dalam mengimbangi dan menguruskan pelbagai kewajiban mereka sepanjang tempoh sukar ini, di samping memastikan kemampuan sistem perbankan untuk terus mendukung pertumbuhan ekonomi.

Jumlah BPR yang Disalurkan untuk Manfaat Rakyat Berpendapatan Rendah (Setakat 19 Mei 2021)

KONGSI ARTIKEL

Artikel Berkaitan

Bagai menatang minyak yang penuh, kasih ibu sepanjang jalan. Itulah pepatah yang simbolik dengan kisah Pn Norlela Abdul Rahman, seorang jururawat yang juga petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kuala Nerang.
Kita semua sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi serentak yang belum pernah terjadi sebelumnya. Virus yang memakan nyawa baru muncul, dan dengan senyap menyelinap ke serata dunia.