Dalam mengimbangi di antara memastikan keselamatan nyawa rakyat dan kelangsungan ekonomi, pakej-pakej rangsangan dilaksanakan dengan penuh kecekapan dan ketelusan. Didorong oleh data untuk meningkatkan penyampaian, portal KewanganRakyat membolehkan rakyat Malaysia mengikuti langkah-langkah pelaksanaan dan perjalanan Malaysia ke arah pemulihan kesihatan awam dan ekonomi.
Resolve ataupun ‘Ketegasan’ merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan KERAJAAN pada 18 Mac 2020, ketika graf COVID-19 negara mencatatkan jumlah kes baharu yang tinggi dan memerlukan langkah-langkah pencegahan untuk meratakan lengkung.
Pendekatan ini dilakukan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN dalam usaha meningkatkan kemampuan rakyat dan ekonomi.
No Data Found
Restart ataupun ‘Memulakan Semula’ adalah langkah pembukaan semula ekonomi atau penjanaan semula ekonomi negara secara berperingkat melalui Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN dan PRIHATIN PKS+ bernilai RM260 bilion.
Kerajaan giat melaksanakan pemulihan ekonomi selepas sektor ekonomi ditutup selama hampir tiga bulan dengan memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
No Data Found
Peringkat ini dilaksanakan oleh Kerajaan untuk memperkasa ekonomi secara menyeluruh demi kelangsungan masa hadapan. Oleh itu, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat bernilai RM20 bilion telah diperkenalkan Kerajaan dengan suntikan fiskal tambahan berjumlah RM11 bilion.
No Data Found
Reform ataupun ‘Menyusun Semula’ merujuk kepada langkah-langkah memperkasa rakyat, pernigaan & ekonomi bagi jangka masa panjang, di mana ia akan diterapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).