Kelangsungan Perniagaan

Wan Muhammad Ihsan
Ikuti perkongsian saudara Wan Muhammad Ihsan, seorang jurutera projek yang terpaksa memberhentikan projek beliau di Pulau Pangkor akibat pandemik COVID-19 dan telah dimanfaatkan menerusi inisiatif Dana Usahawan Bumiputera @ NCER untuk memastikan kelangsungan projek beliau.

Afiq Azhar Ali
Ikuti perkongsian bagaimana saudara Afiq Azhar Ali, seorang pereka filem yang putus mata pencarian akibat pandemik COVID-19 dan dimanfaatkan menerusi program bantuan yang diselia oleh CENDANA.

Jasni Amir
Ikuti perkongsian En Jasni Amir, seorang usahawan agensi pelancongan yang terputus mata pencarian akibat penutupan sempadan dan berjaya mengekalkan pekerja-pekerjanya menerusi Progrm Subsidi Upah.

Azami Hamdani
Ikuti perkongsian saudara Azami Hamdani, pemilik Simfoni Resort Langkawi, tentang bagaimana beliau, sebagai pemain industri pelancongan tempatan, menempuhi cabaran pandemik COVID-19 dan memanfaatkan bantuan Kerajaan demi memastikan kelangsungan perniagaan beliau.

Shikh Abdul Rashid
Ikuti perkongsian saudara Shikh Abdul Rashid Shikh Abdullah, seorang pemain industri kreatif yang hilang punca pendapatan. Beliau telah memanfaatkan Geran Khas Prihatin (GKP) untuk membeli peralatan bagi menjalankan kelas tutorial secara dalam talian dan memulakan perniagaan sampingan.

Shakrani Ishak
Ikuti perkongsian Shakrani Ishak, seorang suri rumah yang telah berjaya mengembangkan perniagaan kosmetik beliau menerusi Geran Khas Prihatin dan beralih ke penjualan dalam talian.

Rizal Rahmat
Ikuti perkongsian saudara Rizal Rahmat, seorang peniaga makanan yang terjejas teruk akibat pelaksanaan PKP dan bagaimana Geran Khas Prihatin telah membolehkan beliau beralih ke perniagaan secara dalam talian.