Jaringan Prihatin
Bagi merancakkan lagi penggunaan teknologi yang lebih meluas, Kerajaan telah memperkenalkan program Jaringan Prihatin, sebuah program yang membantu golongan B40 mendapatkan akses kepada kemudahan internet dan telefon pintar menerusi subsidi sehingga RM300.

Jaringan Prihatin merupakan sebuah program dengan peruntukan sebanyak RM3.5 bilion yang diumumkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertujuan untuk meringankan beban 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata program itu diumumkan sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2021 dengan peruntukan asal sebanyak RM1.5 bilion.
Pada Mac lalu, di bawah program PEMERKASA, tambahan sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan untuk disalurkan kepada keluarga B40 yang mempunyai anak. Syarikat perkhidmatan komunikasi juga menawarkan faedah tambahan bernilai RM1.5 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan untuk penerima BPR bernilai RM3.5 bilion .
Sekolah-sekolah kini terpaksa menyambung pembelajaran secara dalam talian sekali lagi. Kerajaan sedar akan kesukaran ramai rakyat dari segi ketersediaan dan kemampuan akses internet terutama dalam kalangan golongan rentan dan B40 yang disebabkan oleh situasi ini. Inisiatif ini ialah hasil kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, serta 12 syarikat telekomunikasi (telco) di Malaysia, iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, Unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.
Program ini sejajar dengan lima bidang tumpuan utama Kerajaan dalam menjana semula dan meningkatkan ekonomi Malaysia, salah satunya adalah meningkatkan daya saing negara dengan mengurangkan jurang digital.

Penerima akan memilih potongan harga sehingga RM300 untuk pakej peranti atau rebat pelan data bulannan sehingga RM180 selama 12 bulan.
Penerima yang layak boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi pilihan mereka dan menyertai mana-mana rancangan yang diiktiraf di bawah program ini. Pendaftaran dibuka dari 5 Mei 2021 sehingga 31 Julai 2021.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pelbagai pelanyang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi di bawah program Jaringan Prihatin, sila kunjungi pautan berikut:
Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin
Digi: https://digi.my/prihatin
Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin
Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin
redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr
speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin
Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin
U Mobile:https://www.u.com.my/jaringanprihatin
unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin
XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en
YES: https://www.yes.my/kasiupB40
Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin
Sumber: Bernama