Kreativiti Membuahkan Hasil , Setelah berubah 180 darjah!

Tiada yang mustahil jika ada keyakinan, berani mencuba dan terus berusaha. Dalam situasi pandemik ini, ramai yang lebih yakin dengan pembelian secara atas talian. Terdapat jualan berpuluh-puluh ribu jenis produk atas talian yang jika difikirkan, memang hairan dibuatnya.  Ada yang menjual daripada saiz sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar barang seperti mesin basuh mahupun kenderaan, semuanya boleh dibeli menerusi atas talian.

Pelbagai usaha dan taktik kreatif dilakukan oleh penjual terutamanya yang terlibat dalam bidang perniagaan, selagi kita yakin peluang itu ada.   Ramai juga antara kita yang kreatif dalam mencipta permintaan atas peluang tersebut. Ini sememangnya tidak dapat dinafikan.

Apabila kita bercerita tentang kreativiti ini, selalunya golongan yang dikaitkan ialah golongan belia. Ada sahaja idea-idea yang kadang-kadang diluar kotak fikiran. Malah, jika ada peluang untuk dikomersialkan boleh pula menjana pendapatan.

Walau apa jua keadaan sekalipun, jika kita berfikiran positif dan kreatif dalam mengadaptasi peluang atas situasi yang ada, pasti ada ganjarannya.  Itulah juga sebenarnya berlaku kepada Muhammad Nazrun Saad yang hampir putus asa  kerana perniagaanya ibarat seperti hampir ‘karam’.  Beliau antara peniaga yang terkesan disebabkan serangan pandemik Covid-19 yang menyebabkan permintaan atas bekalan barang elektrik dan elektronik beliau terus merudum.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan perniagaannya daripada terus jatuh ataupun terpaksa ditutup. Situasi yang kritikal ini merupakan ujian paling hebat buat Nazrun dan  seperti sudah  tiada lagi jalan lain untuk teruskan perniagaanya. Sehinggalah, apabila tidak pernah terlintas sedikit pun dibenak fikiran Nazrun, bahawa idea kreatif  beliau dikongsi bersama rakan, untuk membeli alat dron terus mengubah nasib beliau dan perniagaan baharunya  pada satu aras yang amat membanggakan.   

Pada mulanya memang agak mencabar kerana pertama kali ingin menerbangkan dron dan Nazrun  menghadapi pelbagai cabaran. Namun, beliau akhirnya berjaya mengendalikan dron setelah mempelajari teknik-teknik penerbangan dron serta latihan yang berterusan.

Melalui penggunaan teknologi dron ini, beliau dapat menyediakan perkhidmatan semburan pembenihan sawah padi yang dapat menjimatkan masa dan tenaga pemilik sawah atau petani di sekitar Perlis.  Jika kerja menabur baja dan biji benih dilakukan secara tradisional bagi keluasan petak sawah 30,000 kaki persegi, masa yang diambil ialah selama tiga atau empat jam untuk selesai.  Tetapi dengan menggunakan dron, kerja  yang sama dapat disiapkan hanya dalam masa 25 minit sahaja!

Perniagaan baharu Nazrun kini terus berkembang, bertitik tolak daripada dana bantuan yang diperolehi  iaitu Geran Khas Prihatin Kerajaan setelah menyemak bantuan yang ada untuk perniagaan beliau di  www.belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat

Permintaan semakin bertambah dan pendapatan beliau juga meningkat. Kini, beliau berhasrat untuk mengembangkan perniagaannya iaitu membeli beberapa unit dron lagi dan menambah pekerja.  Ikuti kisah selanjutnya di sini :

Jadi, apakata anda semak laman web manfaat belanjawan, yang bukan sahaja boleh menyokong idea bisnes anda, malah memulihkan perniagaan sedia ada.   Anda  ada idea yang best ?

KONGSI ARTIKEL

Artikel Berkaitan

Bagai menatang minyak yang penuh, kasih ibu sepanjang jalan. Itulah pepatah yang simbolik dengan kisah Pn Norlela Abdul Rahman, seorang jururawat yang juga petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kuala Nerang.
Kita semua sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi serentak yang belum pernah terjadi sebelumnya. Virus yang memakan nyawa baru muncul, dan dengan senyap menyelinap ke serata dunia.