Melindungi yang Rentan Ibarat Melindungi Semua

Bantuan Bulanan JKM

Bantuan Bulanan JKM adalah sebuah inisiatif yang telah ditambah baik di bawah Belanjawan 2021, selaras dengan keperluan semasa golongan rentan seperti OKU dan warga emas. Penerima yang berdaftar dengan JKM akan mendapat bantuan tunai secara bulanan, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan.

Kita semua sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi serentak yang belum pernah terjadi sebelumnya. Virus yang memakan nyawa baru muncul, dan dengan senyap menyelinap ke serata dunia. Kewujudannya telah mengubah pengalaman pengurusan pandemik kita serta mengubah cara kita hidup, bekerja dan bersosial. Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan telah mempengaruhi setiap manusia dengan pelbagai cara, tetapi mereka yang tergolong dalam kumpulan rentan mempunyai risiko kehilangan yang lebih banyak akibat COVID-19.

Sudah menjadi tanggungjawab setiap Kerajaan untuk menjaga rakyatnya dan memastikan tiada seorang pun yang ketinggalan. Kesejahteraan mereka dari kumpulan rentan sentiasa menjadi satu keutamaan negara, apatah lagi semasa wabak ini. Oleh itu, strategi kedua Belanjawan 2021 untuk menjaga kesejahteraan golongan rentan dengan meningkatkan bantuan kewangan bulanan dilihat sebagai satu tindakan yang tepat. Penerima faedah termasuklah orang kurang upaya, warga emas, kanak-kanak dari keluarga miskin dan juga penjaga orang kurang upaya.

Bagi empat kumpulan yang telah dikenal pasti, Belanjawan 2021 telah meningkatkan bantuan bulanan mereka seperti yang berikut:

V. Murugeswaran, presiden Persatuan Orang Kurang Upaya Damai Malaysia menegaskan bahawa PKP dan virus COVID-19 telah menyebabkan ramai orang kurang upaya kehilangan sumber pendapatan mereka. Oleh itu, kenaikan elaun ini amatlah dihargai.

Tukang jahit, Fuad Sanoesi, yang telah menerima elaun bulanan RM450, misalnya, mengatakan jumlah itu telah membantunya menanggung kenaikan kos sara hidup.

“Saya menerima apa sahaja bantuan wang yang diberikan dengan tangan terbuka kerana ia akan membantu saya dari segi kewangan. Terdapat tambahan RM50 sebulan dan itu sudah cukup baik untuk menampung perbelanjaan saya,” kata lelaki yang berkerusi roda berusia 55 tahun itu.”

Sumber: New Straits Times

Bagi orang kurang upaya dan rentan, kenaikan elaun bulanan ini, bersama dengan beberapa inisiatif lain dalam Belanjawan 2021, telah membantu mereka bukan sahaja untuk bertahan sepanjang masa-masa sukar, tetapi juga untuk mampu berdikari melalui pelbagai peluang pekerjaan.

Selain bantuan kewangan, Kerajaan juga menyediakan peluang pekerjaan melalui Insentif Pengambilan dan Latihan PenjanaKerjaya 1.0. Bagi orang kurang upaya, ini adalah peluang bagi mereka untuk memperkasakan diri dan menjadi lebih berdikari dari segi kewangan agar mereka dapat merancang masa depan dan memelihara kesejahteraan mereka sendiri.

InisiatifFaktaPeruntukan/Penerima Manfaat
Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan
(PenjanaKerjaya 1.0)
Peruntukan Sumber : Penjana DashboardRM 1.5 bilion
Disalurkan (setakat 30 April 2021)

Sumber :
Penjana Dashboard
RM 541 juta
Penerima (setakat 9 April 2021)

Sumber: Laporan LAKSANA
132,403 orang mendapat pekerjaan di bawah insentif ini sejak dilancarkan pada bulan Ogos

Bilangan Pekerja Mengikut Kategori

Sumber: Laporan Laksana ke-52

KONGSI ARTIKEL

Artikel Berkaitan

Bagai menatang minyak yang penuh, kasih ibu sepanjang jalan. Itulah pepatah yang simbolik dengan kisah Pn Norlela Abdul Rahman, seorang jururawat yang juga petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kuala Nerang.
Perbelanjaan harian yang kecil sebenarnya memakan jumlah perbelanjaan bulanan seseorang yang cukup besar, terutamanya bagi pekerja biasa yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan dan tinggal di sebuah bandar.