MY30 Pass
Inisiatif Pas Bulanan MY30 adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan di bawah PENJANA dan diperluaskan di bawah Belanjawan 2021 untuk meringankan kos perjalanan rakyat yang menggunakan pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan harian. Dengan hanya RM30 sebulan, pengguna dapat menikmati perjalanan tanpa had menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), KL Monorail, dan bas Rapid KL.
Perbelanjaan harian yang kecil sebenarnya memakan jumlah perbelanjaan bulanan seseorang yang cukup besar, terutamanya bagi pekerja biasa yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan dan tinggal di sebuah bandar. Kos perjalanan harian anda mungkin RM4.80 tetapi katakan anda bekerja 6 hari seminggu, jumlah harian kecil itu, jika dikumpulkan, menjadi sekitar RM115 sebulan.
Ringkasnya, kos perjalanan harian melibatkan jumlah yang cukup besar dari perbelanjaan pekerja berpendapatan sederhana, dan menjadi satu beban di samping komitmen bulanan mereka yang lain.
Inisiatif My30 Travel Pass diperkenalkan dengan mengambil kira situasi seperti inilah. Pas pengangkutan tersebut membolehkan penumpang mengurangkan perbelanjaan perjalanan harian mereka, supaya mereka memiliki lebih banyak lebihan wang untuk komitmen dan keperluan harian yang lain.
Dalam sebuah temu bual bersama NST, ketua pegawai operasi kumpulan Prasarana Sdn Bhd, Muhammad Nizam Alias menyebut
Inisiatif ini, yang awalnya diperkenalkan di bawah pakej Penjana, telah diterima baik oleh rakyat sehingga diperkenalkan kembali dalam Belanjawan 2021.
Selain itu, My30 juga merangkumi Rapid Kuantan dan Rapid Penang untuk memastikan komuniti di bandar-bandar di luar Lembah Klang juga dapat menikmati faedah inisiatif ini. Mobiliti bersubsidi ini adalah sebahagian dari pelbagai inisiatif– dari bantuan langsung, diskaun elektrik, subsidi upah dan geran untuk perniagaan kecil – yang menjadi bukti betapa menyeluruhnya usaha Kerajaan dalam memelihara kesejahteraan rakyat.