PERMAI, PEMERKASA & Kisah Kedai Baju

PERMAI, PEMERKASA dan Kisah Kedai Baju

GKP

Geran Khas Prihatin (GKP) adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN bagi meringankan beban aliran tunai PKS mikro yang tidak beroperasi sewaktu PKP. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa siri GKP, yang menjadikan keseluruhan peruntukan sejumlah RM6.1 bilion, untuk memanfaatkan 1 juta PKS mikro sehingga Disember 2021.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan wabak COVID-19 merupakan satu episod hitam dalam hidup kita. Lebih-lebih lagi jika anda adalah pemilik perniagaan kecil yang perlu memikirkan tentang kos-kos perniagaan seperti bayaran sewa dan gaji.

Malangnya, situasi seperti itulah yang telah berlaku kepada pemilik perniagaan kedai pakaian, Tay Chee Koon, yang sangat terkesan sehinggakan beliau terpaksa menutup kedainya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan COVID- 19. Kekurangan pendapatan telah menyebabkan beliau terpaksa bersusah payah untuk memenuhi keperluan hidup terutamanya dari segi pembayaran sewa kedai dan bil. Lebih menyukarkan lagi adalah apabila dia tiada sumber yang mencukupi untuk membayar gaji tiga orang pekerjanya.

Namun, pengusaha ini dapat menghela nafas lega apabila Kerajaan mengumumkan pelbagai bantuan, termasuk Geran Khas Prihatin (GKP), bagi meringankan beban komuniti peniaga yang terkesan akibat wabak yang berlaku.

Tay, yang terlibat dalam industri pakaian sejak lulus sekolah menengah, terus memohon bantuan GKP 1.0 dan GKP 2.0 ketika inisiatif ini mula dilancarkan tahun lalu oleh Kerajaan dan menerima RM3,000. Kerajaan kemudian melaksanakan GKP Tambahan khas di bawah pakej PERMAI dengan pembayaran tunai one-off sebanyak RM1,000. Bantuan kewangan tersebut telah membantu Tay untuk menanggung kos memulakan perniagaannya semula. Secara keseluruhan, beliau telah menerima bantuan sebanyak RM4,000 dari Kerajaan. Tengku Zafrul juga telah mengumumkan bahawa hampir satu juta PKS mikro yang melibatkan penerima sedia ada ketika PKP 1.0 dan PKP 2.0, serta PKS mikro yang telah diluluskan di bawah PKP 3.0, akan menerima pembayaran sebanyak RM1,000 mulai 10 Jun secara berperingkat. Bayaran tambahan sebanyak RM500, yang melibatkan peruntukan hampir RM500 juta akan dibayar pada bulan Julai 2021. Peruntukan ini menjadikan jumlah keseluruhan di bawah GKP 3.0 menjadi RM1.5 bilion.

Setelah melalui pelbagai asam garam berniaga, Tay menyarankan agar pengusaha lain untuk tidak berputus asa dan menggunakan sepenuhnya manfaat dan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan. Beliau juga sempat menyangkal  tanggapan orang ramai yang mengatakan bahawa proses permohonan bantuan Kerajaan merupakan satu proses yang merumitkan.

KONGSI ARTIKEL

Artikel Berkaitan

Bagai menatang minyak yang penuh, kasih ibu sepanjang jalan. Itulah pepatah yang simbolik dengan kisah Pn Norlela Abdul Rahman, seorang jururawat yang juga petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kuala Nerang.
Kita semua sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi serentak yang belum pernah terjadi sebelumnya. Virus yang memakan nyawa baru muncul, dan dengan senyap menyelinap ke serata dunia.