Subsidi Upah

Program Subsidi Upah (PSU) ialah program bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan untuk semua pekerja tempatan yang berpendapatan RM4,000 kebawah. Pada 15 Jun 2020, program ini telah digabungkan dengan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) untuk memberi manfaat lebih lanjut kepada para pekerja yang telah diarahkan untuk mengambil cuti tanpa gaji. Objektif utama program ini adalah untuk membantu kelangsungan perniagaan sepanjang tempoh PKP dengan membantu majikan membayar dan mengekalkan pekerja mereka.

RINGKASAN

Sepanjang pandemik ini, pasaran pekerjaan Malaysia telah digegarkan dengan satu ancaman yang belum pernah dihadapi sebelumnya. Sebagai salah satu jalan penyelesaian kepada kemelut tersebut, Kerajaan Malaysia telah memberikan suntikan kewangan untuk membantu perniagaan yang menghadapi masalah untuk membayar pekerja mereka. Suntikan ini telah berjaya mencegah peningkatan kadar pengangguran sepanjang permulaan pandemik sehingga kini. Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, peningkatan pengangguran yang mendadak mencapai kemuncaknya yang tertinggi pada Mei 2020. Melalui usaha yang berterusan, kadar pengangguran di Malaysia telah menurun dan hanya menunjukkan peningkatan yang kecil dari bulan ke bulan menjelang 2021.

Program Subsidi Upah (PSU) 1.0

RM 12.95B

Jumlah diluluskan

322,177

Perniagaan diluluskan

2.64M

Pekerja diluluskan

Jumlah Diluluskan dan Disalurkan Setakat Disember 2021

Bilangan Majikan Diluluskan dan Disalurkan Setakat Disember 2021

Bilangan Pekerja Diluluskan dan Disalurkan Setakat Disember 2021

Program Subsidi Upah (PSU) 2.0

RM 1.404
Bilion

Jumlah diluluskan

81,052

Perniagaan diluluskan

716,755

Pekerja diluluskan

Jumlah Diluluskan dan Disalurkan Setakat Disember 2021

Bilangan Majikan Diluluskan dan Disalurkan Setakat Disember 2021

Bilangan Pekerja Diluluskan dan Disalurkan Setakat Disember 2021

Program Subsidi Upah (PSU) 3.0

RM 3.60
Bilion

Jumlah diluluskan

161,779

Perniagaan diluluskan

1,520,963

Pekerja diluluskan

Jumlah Diluluskan Setakat Disember 2021

Bilangan Majikan Diluluskan Setakat Disember 2021

Bilangan Pekerja Diluluskan Setakat Disember 2021

Bagaimana Subsidi Upah telah Menyumbang semasa COVID-19

Untuk membantu pekerja & syarikat untuk meneruskan operasi, Program Subsidi Upah (PSU) telah diperkenalkan untuk membantu kelangsungan syarikat dan pekerjanya. Berdasarkan analisis terkini dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), dengan adanya bantuan ini, Malaysia berjaya menunjukkan peningkatan yang kecil bagi kadar pengangguran untuk Suku Pertama 2021. Hal ini mencerminkan keberkesanan bantuan tersebut dalam mengekang kadar pengangguran yang lebih tinggi di Malaysia. Kerajaan juga menyedari tentang keperluan tunai segera dalam kalangan pekerja. Oleh itu, Kerajaan telah melakukan pembayaran secepat mungkin ke atas individu-individu yang terkesan sebaik sahaja permohonan mereka diluluskan.