Exploring job opportunities during the ongoing pandemic? We have got you covered!

Tiada Kerja? Menuju Jalan Buntu? Mari Kami Bantu

Sepanjang tahun lalu, wabak ini telah memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia terutama bagi mereka yang kehilangan pekerjaan. Strategi pemulihan yang digariskan oleh 6R (Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalize and Reform) menyaksikan banyak perniagaan telah dibangunkan semula sehingga mewujudkan peluang pekerjaan.

Oleh yang demikian, Kerajaan telah membantu dalam meningkatkan jumlah pekerjaan untuk memulakan langkah membangunkan semula ekonomi untuk masa depan. Secara keseluruhan, Kerajaan berharap dapat mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan melalui Majlis Pekerjaan Nasional (NEC), dengan tonggak yang diperhatikan secara telus oleh LAKSANA, sebuah agensi penyelaras yang memantau usaha Kerajaan dalam merangsang ekonomi pasca COVID-19.

PenjanaKerjaya2.0

PenjanaKerjaya diumumkan di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Nasional pada bulan Jun 2020 dengan pelaburannya yang bernilai RM2 bilion diharapkan dapat menyediakan sekitar 250,000 peluang pekerjaan pada tahun 2021. Objektifnya adalah untuk mempromosikan penjanaan pekerjaan yang berkualiti dan mengurangkan pengangguran dalam kalangan penduduk tempatan.

Majikan diberi insentif tambahan sebanyak 60% untuk mendorong peluang pekerjaan bagi orang kurang upaya, mereka yang telah menganggur dan pekerja yang diberhentikan kerja. Tambahan lagi, majikan diberi akses kepada kursus latihan bernilai sehingga RM7,000 serta bantuan mobiliti antara RM500 sehingga RM1,000 bergantung pada jarak rumah ke tempat kerja.

Program Peningkatan Kemahiran dan Latihan Semula (Reskilling and Upskilling)

RM1 bilion telah diperuntukkan untuk memberi manfaat kepada 200,000 penerima dalam meningkatkan kemahiran mereka supaya membantu kebolehpasaran mereka serta membantu mempersiapkan diri menghadapi cabaran pasaran pekerjaan pasca pandemik.

RM150 juta akan diperuntukkan untuk pensijilan profesional Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-PACE) yang akan memberi manfaat kepada 50,000 graduan baru. Lulusan akan ditawarkan baucar bernilai RM3,000 setiap seorang untuk mengikuti kursus pensijilan profesional di universiti awam dan swasta.

Peruntukan sebanyak RM100 juta kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HDRF) untuk melaksanakan latihan dengan kerjasama majikan sektor swasta, manakala RM100 juta lagi juga diberikan kepada MDEC untuk memudahkan pemindahan bakat tenaga kerja yang ada untuk memenuhi keperluan industri ICT yang sedang berkembang .

Sebanyak RM100 juta lagi akan diperuntukkan kepada Lembaga Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) untuk melengkapkan kemahiran baru untuk membantu pencari kerja yang terkesan teruk akibat wabak yang berlaku.

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) akan mendapat RM30 juta untuk program Latihan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia.

Program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP)

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, MySTEP adalah inisiatif bernilai RM700 juta yang bakal mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan kontrak di pelbagai agensi awam dan juga syarikat berkanun (GLC). Sebanyak 35,000 peluang pekerjaan disediakan di sektor awam, sementara 15,000 peluang pekerjaan juga disediakan di GLC dan rakan strategik mereka.

Pemohon yang berminat bolehlah terus mencari iklan jawatan yang bersesuaian di Akademiga.com; Mykerjaya.com; dah Graduan.com.

Portal MyFutureJobs

MyFutureJobs adalah sebuah portal pekerjaan negara di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO. Portal ini ialah sebuah platform interaktif dan bersepadu yang membantu majikan untuk menyaring calon untuk memastikan rakyat Malaysia diberi peluang pekerjaan. Permohonan pekerja asing atau ekspatriat hanya akan dipertimbangkan sekiranya tidak ada rakyat Malaysia yang berminat dengan jawatan tersebut.

Pencari kerja boleh mencari pelbagai jawatan kosong dari pelbagai sector ekonomi. Kira-kira 67.3% jawatan kosong di platform menawarkan gaji dalam lingkungan RM2,000 hingga RM2,499 menjadikannya tempat mencari pekerjaan yang sesuai buat lulusan baru dan mereka yang mempunyai pengalaman kerja di bawah 3 tahun.

Untuk maklumat lebih lanjut: Myfuturejobs.gov.my

Pusat Penempatan HRDF (HPC)

Pusat Penempatan Dana Pembangunan Sumber Manusia (HPC) meletakkan matlamat untuk menyediakan lebih daripada 50,000 pekerjaan untuk rakyat Malaysia tahun ini untuk menangani cabaran pengangguran sepenjang musim wabak COVID-19. Portal ini digunakan untuk membantu memadankan majikan dari pelbagai industri dan sektor dengan calon yang tepat.

Hampir 20,000 peluang pekerjaan dapat diakses melalui portal melalui kerjasama strategik dengan persatuan pekerja dan rakan strategik kerjaya. Untuk mencapai 50,000 sasaran penempatan pekerjaan, HPC akan mengadakan pameran bergerak (road show) di seluruh negara untuk mendapatkan lebih banyak peluang dengan menjalin lebih banyak kerjasama.

Berminat? Layari: https://hpc.hrdf.com.my

Dengan bermulanya langkah-langkah ini, kita dapat jangkakan penurunan kada pengangguran dan negara akan kembali ke tahap ekonomi sebelum pandemic berlaku. Marilah kita berharap agar 2021 menjadi tahun yang menjanjikan tahun yang lebih baik buat kita semua.

KONGSI ARTIKEL

Artikel Berkaitan

Bagai menatang minyak yang penuh, kasih ibu sepanjang jalan. Itulah pepatah yang simbolik dengan kisah Pn Norlela Abdul Rahman, seorang jururawat yang juga petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kuala Nerang.
Kita semua sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi serentak yang belum pernah terjadi sebelumnya. Virus yang memakan nyawa baru muncul, dan dengan senyap menyelinap ke serata dunia.